
KUALA LUMPUR, 24 Julai – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 berlaku di utara Laut Maluku pada pukul 6.58 pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia memaklumkan gempa berpusat pada koordinat 0.7 darjah utara dan 126.4 darjah timur dengan kedalaman 10 km.
- Lokasi gempa dianggarkan kira-kira 116 km barat Tidore, Indonesia.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan gempa bumi berkenaan berpusat pada koordinat 0.7 darjah utara dan 126.4 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).
Menurut METMalaysia, lokasi gempa itu berada kira-kira 116 km barat dari Tidore, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.