fb fb fb fb fb

Adik lelaki antara suspek utama disyaki bunuh kakak di Skudai

JOHOR BAHRU, 25 Disember - Dua suspek utama ditahan disyaki terbabit pembunuhan seorang wanita warga asing berusia 41 tahun di kawasan perumahan di Taman Ungku Tun Aminah, di sini malam tadi.

Kedua-dua suspek membabitkan adik lelaki mangsa berusia 24 tahun dan seorang wanita berusia 41 tahun ditahan pada 7.47 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 4.35 pagi.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek wanita di kediamannya, manakala suspek lelaki pula ditahan di tempat pembuangan sampah kawasan perumahan itu.

"Kedua-dua suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati mangsa maut ditikam objek tajam dalam kejadian kurang 2.30 pagi.

Dalam kejadian itu, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan sambil menambah punca kejadian masih dalam siasatan.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-6943836.

GRACE AISYAH KEDAYAN