Wednesday, 30 September 2020

updated 2:06 AM UTC, Sep 30, 2020

PUNB lanjut moratorium 3 bulan lagi

SHAH ALAM, 29 September - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) melanjutkan tempoh moratorium selama tiga bulan berakhir 31 Disember ini.

Lanjutan itu untuk pembiayaan perniagaan rakan usahawannya, kira-kira 1,963 penerima dengan anggaran nilai bayaran balik pinjaman sejak dimulakan April lalu, sebanyak RM155 juta.

Tan Sri Noh menyatakan perkara itu selepas melawat premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB, Petronas Auto Expert@Autohaus KL di Shah Alam.

Permohonan BRF masih dibuka kepada usahawan yang terjejas COVID-19 dengan keseluruhan pembiayaan RM200 juta.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 112