fb fb fb fb fb

Projek pembesaran LTAPP dijangka bermula suku kedua tahun ini

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

LANGKAWI, 27 Februari - Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijangka bermula pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata projek tersebut telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri, minggu lepas.

Beliau berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan bertanggungjawab untuk proses tender dan pembiayaan projek berkenaan.

""Model pembiayaan pula akan ditampung MAHB menggunakan model pemulihan pelaburan bermaksud mereka boleh mendapat semula pulangan pelaburan mereka untuk satu tempoh masa dan ia akan mengambil kos lebih RM1 bilion dan akan melalui proses tender yang dilakukan MAHB," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.

Loke berkata, projek naik taraf meliputi pembesaran bangunan terminal dan penambahbaikan infrastruktur itu diharap dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga empat tahun 

Ini bagi menampung kapasiti penumpang sehingga 12 juta orang berbanding 6 juta orang pada masa sekarang.

 

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN