fb fb fb fb fb

Tewas 2-3 kepada Pulau Pinang, peluang KPT-PST MUSTANGS makin tipis

SHAH ALAM, 12 Mac - Peluang buat pasukan KPT-PST MUSTANGS untuk layak ke saingan Piala Futsal Malaysia 2022 semakin sukar selepas tewas 2-3 kepada Pulau Pinang pada aksi perlawanan terakhir Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022 di Kompleks Sukan Panasonic, di sini pagi tadi.

Nasib pasukan KPT-PST MUSTANGS kini ditentukan keputusan perlawanan terakhir kelab TRW Kelantan, KL City dan Shah Alam City yang turut berpeluang merebut slot terakhir.

Skuad Wan Suratwan Adnan yang kini berada di tangga ke-8 liga dengan 19 mata dikejutkan gol Iqmal Najmie pada minit kelima.

Muhammad Haziq berjaya meletakkan Pulau Pinang selesa di hadapan tiga minit kemudian sebelum Muhammad Haiqal merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti bagi memastikan pasukan KPT-PST MUSTANGS tidak ketinggalan gol.


(Pemain Pulau Pinang, Muhammad Ammar Shafiq meraikan gol kemenangan menentang KPT-PST MUSTANGS
pada aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022)

Jaringan Muhammad Amirul di babak kedua sedikit sebanyak membuahkan harapan apabila berjaya menyamakan kedudukan 2-2.

Namun jaringan Muhammad Ammar Shafiq di penghujung babak memusnahkan harapan KPT-PST MUSTANGS untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.

Hanya lapan pasukan teratas dalam liga akan layak ke Piala Futsal Malaysia 2022.

Media Baharu