fb fb fb fb fb

Roxy Ixzy dinobat sebagai juara Bintang RTM 2024

Barisan peserta akhir BRTM 2024 bersama Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Roxy Ixzy dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 2024 yang memperoleh markah sebanyak 87.3% sekali gus menewaskan lima peserta lain.

Kejayaan itu menyaksikan beliau berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM78,000 dan juga sebuah kereta jenis Proton Iriz.

Naib juara dimenangi oleh Dhania manakala tempat ketiga milik Hady Huv, masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan RM20,000.

Tempat keempat hingga keenam dimenangi Feka, Eylia Guntabid dan Joy, yang turut menyaksikan kesemua mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.

Selain itu, Jon telah memenangi kategori Bintang RTM Paling Popular yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Bagi kategori Anugerah Juri Jemputan pula, Aina Abdul telah memilih Hady Huv sekali gus melayakkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.

Minggu akhir menyaksikan kesemua peserta diberikan dua tugasan iaitu nyanyian lagu solo pilihan masing-masing dan lagu duet bersama artis undangan.

Konsert akhir Bintang RTM 2024 turut diserikan dengan kehadiran penyanyi popular Indonesia, Anggi Marito yang membuat persembahan selingan.

Kesemua enam peserta akhir Bintang RTM telah diadili dan dinilai sepenuhnya oleh juri-juri profesional iaitu Datuk Syafinaz Selamat, LY, Ernie Zakri dan Aina Abdul.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM