fb fb fb fb fb

MSN Ikuti rapat pencapaian Shereen

(FOTO IHSAN Instagram Shereen Samson Vallabouy)

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Majlis Sukan Negara (MSN) menafikan dakwaan bahawa pencapaian atlet muda berbakat negara Sheeren Samson Vallabouy dipandang sepi.

MSN dalam kenyataan memaklumkan pihaknya dan Kementerian Belia dan Sukan telah mengeluarkan kenyataan menghargai pencapaian Sheeren sebelum ini.

Kenyataan MSN itu dikeluarkan bagi menafikan dakwaan Presiden Yayasan Komuniti Wanita Sukan di Malaysia (FOWCUS), Datuk Zuraida Kamaruddin, bahawa pihak KBS memandang sepi pencapaian Sheeren di Amerika Syarikat.

Menurut MSN, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan Sheeren di Amerika Syarikat dan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Mumtaz Jaafar sendiri telah menghubungi ibu atlet berkenaan (Josephine Mary) pada 10 Mac untuk menyenaraikannya ke Sukan SEA Vietnam.

(Sheeren meraikan kejayaan memenangi acara 400m Kejohanan Divisyen 2 Trek dan Padang Dalam Dewan
National Collegiate Athletic Association (NCAA) di Kansas, AS pada Sabtu lalu
/FOTO IHSAN Instagram Shereen Samson Vallabouy)

"Catatan masa 53.79 saat yang juga lakaran peribadi terbaik Sheeren itu telah menyamai catatan pingat perak Sukan SEA Filipina 2019 sekali gus melayakkannya ke temasya Sukan SEA di Vietnam, Mei ini.

"Namun Sheeren tidak disenaraikan dalam kontinjen Sukan SEA kali ini kerana jadual kejohanan di Vietnam bertindih dengan jadual peperiksaannya di Winona State University, Minnesota.

Bgaimanapun, Ibu Sheeren memberi jaminan atlet berkenaan boleh mewakili negara ke Sukan Asia pada September berikutan tiada pertindihan jadual pengajian.

"Pencapaian terbaru ini membuktikan bakat dimiliki Sheeren berjaya diasah menerusi bimbingan jurulatih di universitinya dan pihak Majlis akan memberikan sokongan dan bantuan demi memastikan Sheeren mampu terus menghasilkan peningkatan prestasi secara konsisten," kata MSN dalam kenyataan itu.

Sabtu lalu, Sheeren memenangi pingat emas acara 400 meter dalam dewan pada Kejohanan US National Collegiate Athletic Association (NCAA) Division 2 di Pittsburgh State University of Kansas, Amerika Syarikat dengan catatan masa 53.79 saat.


Media Baharu