MULHEIM, 13 Mac -Perjuangan jaguh perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia tersekat di separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman.
Juara bertahan Seluruh England 2021 itu dikejutkan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam permainan dua set.
Zii Jia yang turun selaku pilihan kelima kejohanan gagal mempamerkan aksi kemas pada set pertama, menyaksikan dia tumpas 13-21.
(Aksi Lee Zii Jia tersekat di separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman)
Di set kedua, percubaan Zii Jia untuk bangkit juga tidak kesampaian.
Seakan ada yang tidak kena, dia kerap melakukan kesilapan mudah dan ia dimanfaatkan sepenuhnya Kunlavut untuk menguasai permainan dan menang dengan keputusan 21-12.
Ini merupakan kemenangan kedua pemain Thailand itu ke atas Zii Jia dalam rekod lima pertemuan.