England raih tempat ketiga Piala Dunia, tewaskan Perancis 6-4

Foto RTM

MIAMI, 19 Julai – England menamatkan kempen Piala Dunia 2026 dengan nota positif apabila menewaskan Perancis 6-4 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Miami.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlawanan penuh dramatik, 10 gol terhasil, pertembungan sengit dua gergasi Eropah.
  • Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menyerang sejak wisel permulaan.
  • England tampil lebih tajam di hadapan gawang, manfaat peluang yang terhidang.
  • Skuad The Three Lions bawa pulang tempat ketiga; Perancis menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Perlawanan penuh dramatik itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menyerang sejak wisel permulaan, dengan 10 gol terhasil dalam pertembungan sengit dua gergasi bola sepak Eropah itu.

England tampil lebih tajam di hadapan gawang apabila berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang, sekali gus menafikan usaha Perancis untuk mengakhiri kejohanan dengan kemenangan.

Kejayaan itu membolehkan skuad The Three Lions membawa pulang tempat ketiga, manakala Perancis terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di kedudukan keempat.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.