fb fb fb fb fb

Cokelat temui peminat di Kuala Lumpur selepas 15 tahun

Kali terakhir kumpulan Cokelat membuat persembahan di Kuala Lumpur pada tahun 2009

KUALA LUMPUR, 16 Jun - Selepas 15 tahun kumpulan Cokelat bakal kembali menghiburkan peminat di Kuala Lumpur menerusi 'Konsert Cokelat Kembali' pada 7 September depan.

Kumpulan berasal dari Bandung, Indonesia ini akan beraksi di Zepp Kuala Lumpur bersama anggotanya Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) selepas persembahan terakhir mereka pada 2009.

“Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia.

“Kami juga sangat rindukan Malaysia yang sudah kami anggapkan seperti rumah kedua Cokelat. Bagi mereka yang mahu mengubati kerinduan terhadap Cokelat, konsert ini kami hadiahkan untuk anda,” ujar vokalis itu lagi.

Menurut Vokalis Cokelat, Kikan, konsert yang bakal berlangsung selama dua jam itu diharap mampu mengubat kerinduan peminat setia Cokelat di Malaysia.

Cokelat antara kumpulan terbaik yang mengukir nama dalam industri hiburan rantau Asia Tenggara menerusi lagu-lagu popular mereka antaranya Karma, Segitiga, Luka Lama, Ku Pilih Dia, Pergi, Jauh dan banyak lagi.

Tiket kategori Karma RM189 (Rockzone Standing), Segitiga RM159 (Premium Standing), Luka Lama RM139 (Free Standing), Jauh RM285 (Premium Seating), Pergi RM235 (Standart Seating) dan VIP RM380 (per pax) (8 pax per room) boleh didapati menerusi laman web ubertikets.asia.

GRACE AISYAH KEDAYAN