
GEORGETOWN, 20 September – Program MADANI Kita (PMK) 2026 Bersama-sama Komuniti Batu Maung @ Bayan Baru di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, Bayan Lepas merekodkan sambutan lebih 4,000 pengunjung.
- Jumlah itu tertinggi berbanding empat program PMK sebelum ini.
- Ketua Pengarah J-KOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali, kata program berjaya mendekatkan kerajaan dengan rakyat hingga akar umbi.
- Sasaran minimum ialah 2,000 pengunjung dengan bajet sama tanpa penambahan kos.
- Pelaksanaan disesuaikan mengikut keperluan tempatan melalui penglibatan pemimpin komuniti; turut ada perkhidmatan kerajaan, Jualan Rahmah, Bakul Rahmah.
Jumlahitu merupakan angka tertinggi berbanding empat program PMK sebelum ini.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata sambutan itu menunjukkan keberkesanan pendekatan program berkenaan dalam mendekatkan kerajaan dengan rakyat hingga ke peringkat akar umbi.
Beliau berkata pelaksanaan PMK bertujuan memastikan mesej dasar dan inisiatif kerajaan dapat disampaikan secara terus kepada rakyat, selain memberi ruang kepada mereka mengemukakan pandangan serta menyampaikan permasalahan yang dihadapi.
“Sasaran minimum kami ialah 2,000 pengunjung dengan bajet yang sama tanpa penambahan kos.
“Jadi, program hari ini kita dapat 4,000 lebih dan semua program yang J-KOM buat di seluruh negara mendapat sambutan luar biasa seperti ini.
“Kuncinya ialah kami libatkan terus pemimpin komuniti tempatan, termasuk peniaga dan orang tempatan,” katanya kepada media selepas program berkenaan di sini, hari ini.
Jelas beliau, berkata penglibatan secara langsung pemimpin komuniti tempatan membolehkan pelaksanaan program disesuaikan dengan keperluan masyarakat setempat, selain membuka ruang interaksi secara terus antara kerajaan dan rakyat.
Program berkenaan turut menampilkan pelbagai aktiviti termasuk perkhidmatan kerajaan, jualan istimewa termasuk Jualan Rahmah serta pemberian Bakul Rahmah.