fb fb fb fb fb

ASA 2024: Lebih banyak kandungan tempatan layak diangkat ke peringkat antarabangsa- Teo Nie Ching

Teo Nie Ching ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Anugerah Seri Angkasa (ASA) merupakan satu platform pengiktirafan tertinggi yang mengangkat bakat dan karya penggiat industri penyiaran.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dengan adanya anugerah tersebut, lebih banyak kandungan yang bermutu tinggi boleh dibawa ke peringkat antarabangsa.

"Anugerah Seri Angkasa ini telah diluluskan oleh jemaah menteri untuk dianjurkan dua tahun sekali, jadi ini adalah kali pertama kita dapat pengesahan daripada jemaah menteri.

"Kami harap dengan terus memberi aspirasi kepada pemenang-pemenang, kita boleh menggalakkan, ataupun nampak bahawa kualiti kandungan yang telah dihasilkan di Malaysia ini, kualitinya terus meningkat dan akhirnya kita boleh bawa produk-produk tersebut, tersebut ke peringkat antarabangsa,"katanya.

ASA 2024 mempertandingkan 60 kategori iaitu 40 kategori televisyen, 16 kategori radio dan empat kategori media baharu.

ASA 2024 juga memperkenalkan satu kategori baharu bawah media baharu, iaitu Podcast Terbaik.

Selain itu, dua kategori istimewa iaitu ‘Anugerah Khas Juri’ dan ‘Tokoh Seri Angkasa’ turut ditambah ke dalam 62 kategori tersebut.

Pencalonan telah dibuka pada 1 Julai sehingga 15 Julai 2024.

Anugerah Seri Angkasa 2024 akan diadakan di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Oktober 2024.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE