fb fb fb fb fb

Anak bongsu Ayu Raudhah meninggal dunia

Muhammad Aisy Al Rees lahir pada 2 Ogos tahun lalu.

KUALA LUMPUR, 11 Februari – Anak bongsu kepada pelakon Ayu Raudhah, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, meninggal dunia dalam tidur kira-kira pukul 1.00 tengah hari tadi.

Berita duka itu disahkan oleh kakak Ayu, Rozita Che Wan atau Che Ta, yang memaklumkannya kepada Berita RTM.

"Sedih sangat-sangat. Ayu datang ke rumah untuk tidur bersama, anak Ayu tak pernah menangis, menyusu seperti biasa. Kali terakhir kami berjumpa pada minggu lepas. Sekarang kami berada di Hospital Rembau untuk urusan jenazah," katanya dalam keadaan sebak.

Sementara itu, suami Ayu, bekas pemain bola sepak Zaquan Adha, turut berkongsi berita sedih itu menerusi hantaran di Instagram.

"Anak bongsu kami, Muhammad Aisy Al Rees, kembali kepada PenciptaNya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini," tulisnya.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, serta anak keenam yang kini berusia 2 tahun.

Sementara itu, anak bongsu yang ketujuh Muhammad Aisy Al Rees, lahir pada 2 Ogos tahun lalu.

GRACE AISYAH KEDAYAN