
BOGOTA, 14 Ogos — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperuntukkan AS$5 juta untuk bantuan kemanusiaan susulan gempa bumi yang melanda Colombia.
RINGKASAN BERITA AI
- Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, Tom Fletcher meluluskan peruntukan itu menerusi Dana Tindak Balas Kecemasan Pusat (CERF).
- PBB dan pihak berkuasa Colombia mempergiat usaha bantuan di kawasan paling terjejas, menghantar pasukan menilai keperluan penduduk.
- Misi antara agensi dijalankan di San Jose del Palmar, wilayah Chocó, salah satu kawasan paling teruk.
- Pasukan bantuan mengagihkan makanan dan barangan kebersihan di pusat perlindungan serta menyediakan bantuan teknikal dan perubatan.
Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, Tom Fletcher meluluskan peruntukan itu menerusi Dana Tindak Balas Kecemasan Pusat (CERF).
PBB bersama pihak berkuasa Colombia kini mempergiat usaha bantuan di kawasan paling terjejas, termasuk mengerahkan pasukan bagi menilai keperluan penduduk.
Misi antara agensi turut dijalankan di San Jose del Palmar, antara kawasan paling teruk terjejas di wilayah Chocó.
Pasukan bantuan sudah mula mengagihkan makanan dan barangan kebersihan di pusat perlindungan, selain menyediakan bantuan teknikal dan perubatan. – REUTERS