Ecuador rampas 370 kg ‘kokain Haaland’

Pihak berkuasa Ecuador menunjukkan bungkusan disyaki kokain yang dirampas dari sebuah lori di Carchi, Ecuador

QUITO, 14 Ogos — Polis Ecuador merampas kira-kira 370 kilogram (kg) kokain yang dibungkus dengan imej penyerang Manchester City dan Norway, Erling Haaland di wilayah Carchi, utara negara itu, pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dadah disembunyikan dalam ruang dasar berganda sebuah lori yang ditahan untuk pemeriksaan.
  • Pemeriksaan menemui bungkusan disyaki mengandungi kokain.
  • Rampasan dipercayai menghalang kira-kira 7.7 juta dos daripada memasuki pasaran.
  • Seorang wanita warga Colombia-Ecuador tanpa rekod jenayah ditahan; rampasan dipercayai sebahagian operasi bernilai lebih AS$800,000.

Polis berkata dadah berkenaan disembunyikan dalam ruang dasar dibelakang sebuah lori sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan menemui kira-kira 370 bungkusan yang disyaki mengandungi kokain dengan berat keseluruhan 370 kilogram.

Menurut polis, rampasan itu berjaya menghalang kira-kira 7.7 juta dos dadah daripada memasuki pasaran.

Seorang wanita warga Colombia-Ecuador yang tidak mempunyai rekod jenayah turut ditahan dalam operasi berkenaan.

Polis berkata dadah yang dirampas itu dipercayai sebahagian daripada operasi berskala besar dengan nilai pasaran tempatan melebihi AS$800,000. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.