
WASHINGTON, 31 Julai – Dua pegawai kanan White House menggunakan rakaman kebanjiran pendatang di Ceuta, wilayah milik Sepanyol di utara Afrika, bagi mempertahankan dasar antipendatang Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
- Stephen Miller berkongsi rakaman di X sambil mengkritik pendekatan Parti Demokrat terhadap isu pendatang.
- Pengarah Komunikasi Steven Cheung turut memuat naik klip dan mendakwa situasi berlaku ketika pentadbiran Joe Biden.
- AFP melaporkan kira-kira 1,500 pendatang memasuki Ceuta, kemasukan terbesar sejak 2021.
- Trump kembali berkempen dengan dasar tegas antipendatang, menjanjikan pengusiran jutaan dan menghadapi kritikan menjelang pilihan raya paruh penggal.
Timbalan Ketua Staf White House, Stephen Miller, yang dianggap antara arkitek utama dasar imigresen Trump, berkongsi rakaman itu di platform X sambil mengkritik pendekatan Parti Demokrat terhadap isu pendatang.
Pengarah Komunikasi White House, Steven Cheung, turut memuat naik klip video sama dan mendakwa situasi itu berlaku ketika pentadbiran bekas Presiden AS, Joe Biden.
Cheung menegaskan keadaan sedemikian tidak akan berlaku di bawah kepimpinan Trump.
AFP sebelum ini melaporkan kira-kira 1,500 pendatang memasuki Ceuta dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, kebanyakannya berenang dari Maghribi, menjadikannya kemasukan terbesar sejak 2021.
Trump kembali ke White House selepas berkempen dengan dasar antipendatang yang tegas serta berjanji mengusir jutaan pendatang tanpa izin.
Bagaimanapun, dasar berkenaan mencetuskan kritikan daripada pelbagai pihak dan dijangka menjadi antara isu utama menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS pada November ini.-AFP