Sekurang-kurangnya 34 maut dalam letupan lombong arang batu di Pakistan

Orang ramai berkumpul selepas satu letupan menimbus sebahagian kompleks lombong arang batu di pinggir Quetta, Pakistan / Foto REUTERS

QUETTA, 31 Julai – Sekurang-kurangnya 34 pekerja maut dalam letupan lombong arang batu di wilayah Balochistan, selatan Pakistan, manakala operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap giat dijalankan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan lombong berpunca daripada gas metana berhampiran Quetta, wilayah Balochistan.
  • Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan kerana pekerja dipercayai masih terperangkap dan jumlah sebenar belum diketahui.
  • Kemalangan lombong sering berlaku di Balochistan, kaya sumber mineral tetapi ketinggalan dari segi pembangunan, pendidikan dan pekerjaan.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah Balochistan memaklumkan letupan yang berpunca daripada gas metana itu berlaku berhampiran ibu negeri Quetta pada Khamis.

Menurut agensi berkenaan, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 34 mayat setakat awal pagi Jumaat, namun jumlah sebenar pekerja yang berada di dalam lombong ketika kejadian masih belum dapat dipastikan.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mengesan mangsa yang dipercayai masih terperangkap.

Kemalangan di lombong arang batu sering berlaku di Pakistan, khususnya di Balochistan yang kaya dengan sumber mineral tetapi masih ketinggalan dari segi pembangunan, pendidikan dan peluang pekerjaan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.