Trump ‘tidak berpuas hati’ cadangan baharu Iran

Foto AFP

WASHINGTON, 2 Mei – Donald Trump tidak berpuas hati dengan cadangan baharu Iran berkaitan rundingan damai dengan Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump mengancam untuk 'meletupkan Iran' jika Tehran gagal mencapai perjanjian.
  • Tehran menghantar teks cadangan rundingan kepada pengantara Pakistan, menurut laporan media Iran.
  • Perang antara AS dan Israel ditangguhkan sejak 8 April; Iran kawal Selat Hormuz dan AS kenakan sekatan ke atas pelabuhan Iran.

Trump turut mengancam untuk “meletupkan Iran” jika mereka gagal mencapai perjanjian.

“Pada masa ini saya tidak berpuas hati dengan apa yang mereka tawarkan,” kata Trump kepada pemberita di White House.

Kenyataan itu dibuat selepas media Iran melaporkan bahawa Tehran telah menyampaikan teks cadangan rundingan kepada pengantara Pakistan pada petang Khamis.

Peperangan dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel yang mencetuskan gelombang besar serangan mengejut pada 28 Februari telah ditangguhkan sejak 8 April menerusi gencatan senjata.

Sementara itu, Iran telah mengekalkan cengkamannya di Selat Hormuz termasuk ‘memotong’ sejumlah besar minyak, gas dan baja daripada ekonomi dunia, manakala AS telah mengenakan sekatan balas ke atas pelabuhan Iran.

Ditanya mengapa dia tidak berpuas hati dengan tawaran Iran, Trump berkata mereka (Iran)meminta perkara yang AS tidak boleh bersetuju tanpa menerangkan butiran lanjut perkara terbabit.

“Iran telah membuat langkah dalam rundingan tetapi mendakwa terdapat “perselisihan yang besar” dalam kepimpinan republik Islam itu,” kata Trump lagi.