
MARJAYOUN, 2 Mei – Beberapa siri serangan terbaharu Israel di selatan Lubnan pada malam Sabtu, selepas serangan awal hari berkenaan menyaksikan enam orang terkorban walaupun gencatan senjata telah dilanjutkan baru-baru ini.
- Perdana Menteri Netanyahu mengarahkan tentera menyerang Hizbullah, menurut laporan, selepas dakwaan pelanggaran gencatan senjata.
- Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan serangan ke atas trak dan motosikal di Yohmor al-Shaqeef membunuh empat orang.
- Serangan di Safad al-Battikh, daerah Bint Jbeil, mengakibatkan dua maut dan 17 cedera.
- Tentera Israel memusnahkan tiga kenderaan sarat senjata; Hizbullah mendakwa mensasarkan kenderaan tentera Israel sebagai tindak balas.
Serangan itu menyusuli arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu agar tentera menyerang Hizbullah selepas dituduh melanggar gencatan senjata.
Kementerian Kesihatan Lubnan berkata sebelum ini trak dan motosikal diserang di bandar Yohmor al-Shaqeef di daerah Nabatieh hingga membunuh empat orang.
Satu lagi serangan ke atas bandar Safad al-Battikh, di daerah Bint Jbeil, mengakibatkan dua maut dan 17 cedera,” lapor media tempatan.
Tentera Israel berkata telah memusnahkan tiga kenderaan sarat dengan senjata termasuk seorang penunggang motosikal.
Sementara itu, Hizbullah menyatakan telah menyasarkan kenderaan tentera Israel di selatan Lubnan sebagai tindakan balas terhadap serangan ke atas Yohmor al-Shaqeef.