Trump dakwa Selat Hormuz dalam ‘keadaan amat baik’, purata 30 kapal melalui laluan setiap malam

Kapal kelihatan berhampiran Selat Hormuz dari Musandam, Oman/Foto REUTERS

HAMILTON (Kanada), 1 September – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata Selat Hormuz berada dalam “keadaan amat baik”, sambil mendakwa bantuan tentera laut AS membolehkan purata 30 kapal melalui laluan itu setiap malam, lapor Anadolu Ajansi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump berkata Selat Hormuz kini berada dalam "keadaan amat baik".
  • Trump mendakwa bantuan Tentera Laut membolehkan purata 30 kapal melalui setiap malam.
  • Banyak kapal berjaya melaluinya malam tadi; banyak minyak dapat dibawa keluar.
  • Trump kata itu membantu mengelakkan kenaikan harga minyak seperti dijangka.

“Selat Hormuz kini berada dalam keadaan amat baik. Anda tahu, kami sedang mengambil alih.

“Banyak kapal berjaya melaluinya malam tadi. Seperti yang anda tahu, dengan bantuan Tentera Laut, dan secara purata 30 kapal melaluinya setiap malam.

“Itu jumlah yang banyak, dan banyak minyak dapat dibawa keluar.

“Sebab itulah anda tidak melihat harga minyak meningkat seperti yang mereka jangkakan,” kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval. – BERNAMA-ANADOLU

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.