
WASHINGTON, 8 Mei – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa tiga kapal pemusnah Tentera Laut Amerika berjaya melalui Selat Hormuz walaupun diserang Iran serta tidak mengalami sebarang kerosakan.
RINGKASAN BERITA AI
- Trump mendakwa tiga kapal pemusnah AS berjaya melalui Selat Hormuz meskipun ditembak.
- Beliau berkata tiada sebarang kerosakan dialami ketiga-tiga kapal pemusnah itu.
- Kata beliau, penyerang Iran mengalami kerosakan besar dalam insiden itu.
- Penyerang termasuk beberapa bot kecil dilaporkan musnah sepenuhnya.
“Tiga kapal pemusnah Amerika bertaraf dunia baru sahaja berjaya melalui Selat Hormuz meskipun ditembak.
“Tiada sebarang kerosakan dialami ketiga-tiga kapal pemusnah itu, namun kerosakan besar terhadap penyerang Iran,” katanya menerusi hantaran di platform Truth Social.
Beliau mendakwa penyerang Iran termasuk beberapa bot kecil dilaporkan musnah sepenuhnya dalam insiden berkenaan.-REUTERS