Tesla mula pengeluaran “robotaxi”

Foto AFP

WASHINGTON, 24 April -Tesla memulakan pengeluaran kenderaan autonomi “robotaxi” dikenali sebagai Cybercab, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Elon Musk memuat naik video promosi di platform X dengan kapsyen ringkas.
  • Klip menunjukkan Cybercab tanpa pemandu keluar dari kilang dan memasuki jalan raya.
  • Klip lain memaparkan beberapa unit Cybercab berwarna emas bergerak berkonvoi di atas jalan.
  • Cybercab dipasarkan sebagai robotaxi pandu sendiri tanpa stereng atau pedal, diperkenalkan pada 2024.

Musk memuat naik video promosi di platform X dengan kapsyen ringkas: “Cybercab has started production.”

Klip berdurasi 38 saat itu, yang kebanyakannya dirakam dari dalam Cybercab tanpa pemandu, menunjukkan kenderaan berkenaan keluar dari kilang bergerak ke jalan raya.

Musk turut berkongsi satu lagi klip video yang memaparkan beberapa unit Cybercab berwarna emas yang bergerak secara berkonvoi di atas jalan.

Pada Rabu, Tesla memaklumkan bahawa ia berada di landasan bagi memulakan pengeluaran berskala besar Cybercab dan Tesla Semi pada tahun ini, selepas mencatat keuntungan suku pertama sebanyak AS$477 juta.

Cybercab, yang dipasarkan sebagai robotaxi pandu sendiri tanpa stereng atau pedal, pertama kali diperkenalkan pada 2024, dengan Musk ketika itu menjangkakan ia akan mula digunakan pada 2027.

Tesla mula menawarkan perkhidmatan robotaxi kepada pengguna awal secara jemputan di bandar Austin, Texas, Amerika Syarikat sejak Jun tahun lalu. – AFP