
SERDANG, 22 November- Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-13, di sini, malam tadi.
- Baginda mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Tuanku Canselor UPM.
- Tengku Amir Shah menyampaikan Anugerah Mutiara kepada Profesor Emeritus Tan Sri Dr Nayan Ariffin dan Anugerah Perkasa Alumni kepada Datuk Seri Amirudin Shari.
- Baginda merasmikan Menara Jam Warisan Budi UPM serta menyaksikan sumbangan penajaan dan sumbangan RM1 juta Kerajaan Negeri Selangor kepada universiti.
Baginda mewakili Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Tuanku Canselor UPM.
Pada majlis itu, Tengku Amir Shah menyampaikan Anugerah Mutiara kepada bekas Naib Canselor kedua UPM, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Nayan Ariffin, manakala Anugerah Perkasa Alumni disampaikan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Baginda turut merasmikan Menara Jam Warisan Budi UPM serta menyaksikan penyerahan sumbangan penajaan daripada 15 pihak bagi menyokong pembiayaan biasiswa dan pembangunan universiti.
Kerajaan Negeri Selangor menyumbang RM1 juta kepada UPM menerusi Tabung Endowmen Alumni Anak Negeri Selangor.
Sumbangan itu disampaikan Datuk Seri Amirudin kepada Raja Muda Selangor.
Majlis berkenaan menghimpunkan kira-kira 600 alumni daripada pelbagai generasi bagi mengeratkan hubungan serta memperkukuh sumbangan mereka terhadap pembangunan universiti.