51,371 calon SPM Johor duduki kertas Bahasa Melayu

Calon SPM SMK Dato’ Penggawa Barat di Pontian sebelum memasuki dewan peperiksaan pagi ini/ RTM

JOHOR BAHRU, 23 November- Seramai 51,371 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Johor menduduki peperiksaan Bahasa Melayu di 367 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seramai 4,484 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan pengurusan peperiksaan berjalan lancar.
  • Semua calon SMK Dato' Penggawa Barat menerima Kit SPM Kerajaan Negeri Johor.
  • Tiga bilik kuarantin disediakan untuk calon yang bergejala, manakala pelbagai operasi kesiapsiagaan diaktifkan menghadapi bencana dan kecemasan.
  • Syasya Nasuha Zainal hadir menduduki peperiksaan menggunakan kerusi roda akibat kecederaan.

Seramai 4,484 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan berkenaan.

Tinjauan RTM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Penggawa Barat, Pontian mendapati 204 calon hadir seawal 6.30 pagi bagi menduduki peperiksaan itu.

Semua calon sekolah berkenaan turut menerima Kit SPM Kerajaan Negeri Johor bagi membantu memudahkan urusan mereka sepanjang peperiksaan.

Pengarah Pendidikan Johor, Zulkurnain Abdul Rahman berkata,tiga bilik kuarantin turut disediakan di sekolah itu bagi menempatkan calon yang bergejala tidak sihat.

Beliau berkata pelbagai langkah kesiapsiagaan turut diaktifkan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya bencana dan kecemasan sepanjang tempoh peperiksaan.

“Langkah kesiapsiagaan yang diaktifkan merangkumi Operasi Payung bagi menghadapi risiko banjir, Operasi Topeng bagi situasi jerebu, Operasi Gempa bagi insiden bencana alam seperti gempa bumi serta Operasi Wabak bagi menangani penularan penyakit berjangkit,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.