Tanah runtuh di China: 5 terkorban, 12 masih hilang

Foto AFP

BEIJING, 7 Julai – Sekurang-kurangnya lima orang disahkan maut manakala 12 yang lain masih dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda wilayah Gansu di barat laut China pada Selasa, lapor media rasmi kerajaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Runtuhan tanah melanda perkampungan terpencil berhampiran bandar Longnan.
  • Pasukan mencari dan menyelamat digerakkan, berjaya mengesan 21 individu yang terperangkap.
  • Operasi SAR besar-besaran diteruskan bagi mengesan mangsa yang belum ditemui, fokus pada kawasan bertanda mangsa tertimbus.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa Xinhua, ketika awal kejadian, sekurang-kurangnya 33 orang dilaporkan hilang selepas runtuhan tanah berlaku di sebuah perkampungan terpencil berhampiran bandar Longnan, Gansu.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa yang terperangkap di bawah timbunan tanah dan runtuhan bangunan.

“Pasukan penyelamat setakat ini berjaya mengesan 21 individu yang terperangkap. Bagaimanapun, lima daripada mereka disahkan meninggal dunia berikutan kecederaan parah,” lapor agensi berita tersebut.

Sehingga kini, operasi SAR secara besar-besaran masih diteruskan bagi mengesan baki 12 lagi mangsa yang belum ditemui, dengan tumpuan kepada kawasan yang dikenal pasti mempunyai tanda-tanda mangsa tertimbus.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.