9 anggota polis Pakistan maut ditembak kumpulan bersenjata

Foto REUTERS

QUETTA, 7 Julai – Sekurang-kurangnya sembilan anggota polis maut, manakala beberapa yang lain dilaporkan hilang selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang pos kawalan keselamatan di tapak projek empangan di wilayah bergolak Balochistan, barat daya Pakistan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pos kawalan itu bertanggungjawab mengawal keselamatan Projek Empangan Mangi, menurut pegawai Abdul Qudoos.
  • Beberapa pegawai kanan dari balai polis berhampiran antara mangsa terkorban.
  • Pihak berkuasa menuduh kumpulan militan; pasukan paramiliter melancarkan operasi pembersihan bagi memburu mereka.
  • Islamabad mendakwa serangan dirancang dari pangkalan di Afghanistan; Taliban menafikan dan serangan udara Pakistan dilaporkan korban orang awam.

Pegawai kanan daerah, Abdul Qudoos mengesahkan kejadian tersebut berkata pos kawalan yang diserang itu bertanggungjawab mengawal keselamatan Projek Empangan Mangi.

Jurucakap kerajaan wilayah turut mendedahkan bahawa beberapa pegawai kanan dari beberapa balai polis berhampiran adalah antara mangsa yang terkorban.

Pihak berkuasa tempatan menuding jari kepada kumpulan militan sebagai dalang di sebalik serangan berdarah terbabit.

“Pasukan paramilitari termasuk polis berjaya melaksanakan operasi pembersihan bersepadu bagi memburu dan melumpuhkan kumpulan militan terbabit,” jelas jurucakap kerajaan Balochistan, Shahid Rind dalam satu kenyataan rasmi.

Wilayah Balochistan yang kaya dengan hasil mineral dan bersempadan dengan Afghanistan serta Iran, telah lama berdepan dengan ancaman pemberontakan kumpulan pemisah.

Kumpulan militan sering kali menjadikan pasukan keselamatan negara, pelaburan asing serta projek infrastruktur sebagai sasaran utama mereka.

Insiden terbaharu ini menandakan peningkatan mendadak siri serangan militan di wilayah sempadan Pakistan.

Islamabad mendakwa serangan tersebut dirancang dari pangkalan di Afghanistan.

Bagaimanapun, pihak Taliban berulang kali menafikan penglibatan mereka.

Sebagai tindak balas, Pakistan dilapor melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas wilayah Afghanistan dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang didakwa menyasarkan kubu kuat militan.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan Taliban dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan serangan udara tersebut turut mengorbankan berpuluh-puluh orang awam.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.