Letupan dekat hotel Macron menginap, 18 cedera

Kebakaran akibat letupan di sebuah hotel yang menjadi lokasi penginapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron / REUTERS

DAMSYIK, 7 Julai– Beberapa letupan berlaku berhampiran hotel yang menjadi lokasi penginapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika lawatan rasminya ke Syria, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Insiden berlaku sebelum pertemuan Macron dengan Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa.
  • Istana Élysée berkata Macron tidak mendengar letupan dan meneruskan jadual pertemuan seperti dirancang.
  • Agensi berita rasmi Syria melaporkan 18 cedera, termasuk empat anggota polis.
  • Beberapa jalan ditutup dan kawalan keselamatan dipertingkatkan di kawasan kejadian.

Insiden itu berlaku sebelum Macron mengadakan pertemuan dengan Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa.

Pihak Istana Élysée bagaimanapun memaklumkan, Macron tidak mendengar bunyi letupan berkenaan dan meneruskan jadual pertemuan seperti dirancang.

Saksi pula melaporkan terdengar beberapa letupan selain melihat kepulan asap berhampiran lokasi kejadian.

Susulan itu, beberapa jalan ditutup dan kawalan keselamatan dipertingkatkan di kawasan berkenaan.

Agensi berita rasmi Syria melaporkan seramai 18 orang cedera dalam insiden itu, termasuk empat anggota polis.

Lawatan Macron mencipta sejarah apabila beliau menjadi ketua negara pertama dari Kesatuan Eropah (EU) yang melawat Syria sejak pemerintahan Bashar al-Assad digulingkan pada 2024. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.