Seorang maut, dua helikopter bertembung di Everest

Foto FB Tasmania Nepal

KATHMANDU, 3 November – Seorang pelancong warga India maut manakala seorang warga New Zealand cedera selepas dua helikopter bertembung dan terhempas ketika cuba mendarat di kawasan Everest, Nepal pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa berusia 47 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
  • Seorang pelancong cedera berusia 53 tahun telah diterbangkan ke Kathmandu untuk rawatan lanjut.
  • Usaha dijalankan untuk membawa mayat mangsa ke ibu negara.
  • Bentuk muka bumi bergunung serta cuaca berubah-ubah menjadikan operasi penerbangan berisiko tinggi.

Ketua Polis Daerah Solukhumbu, Nabin Raja Budhathoki berkata, mangsa berusia 47 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, pelancong warga New Zealand berusia 53 tahun yang cedera telah diterbangkan ke Kathmandu untuk menerima rawatan lanjut.

Usaha turut dilakukan untuk membawa mayat mangsa yang maut ke ibu negara Nepal itu.

Kedua-dua juruterbang yang mengendalikan helikopter berkenaan terselamat dalam kejadian itu.

Helikopter kecil sering digunakan di Nepal untuk membawa pelancong, pendaki gunung dan bekalan, selain menjalankan operasi pemindahan kecemasan.

Bagaimanapun, bentuk muka bumi bergunung-ganang serta keadaan cuaca yang sering berubah menjadikan operasi penerbangan di negara itu berisiko tinggi.

Nepal memiliki lapan daripada 14 gunung tertinggi di dunia, termasuk Gunung Everest, sekali gus menjadi destinasi pilihan ribuan pendaki dan pengembara dari seluruh dunia setiap tahun.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.