Hamparan rumput merah jambu tarik pengunjung di China

Foto Viory

HANDAN, 3 November – Taman Zishan di sini, wilayah Hebei, utara China, menjadi tumpuan pengunjung apabila kawasan berbukit di taman itu dipenuhi rumput pink muhly yang sedang berbunga dan berwarna merah jambu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hamparan rumput merah jambu bergoyang perlahan, dipadankan dengan pemandangan gunung sebagai latar belakang.
  • Pengunjung berjalan di sekitar, bergambar dan menaiki kereta api pelancong yang disediakan.
  • Laluan pejalan kaki luas dan tersusun membolehkan orang ramai menikmati keindahan tanpa memasuki kawasan tanaman.
  • Rumput pink muhly berbunga pada musim luruh, dengan bunga halus seperti bulu, menarik pengunjung untuk merakam keindahan.

Rakaman video menunjukkan, hamparan rumput merah jambu itu bergoyang perlahan apabila ditiup angin, dengan pemandangan gunung sebagai latar belakang.

Pengunjung mengambil peluang berjalan di sekitar taman, bergambar dan menaiki kereta api pelancong yang disediakan.

Seorang pengunjung, Wang berkata, pemandangan rumput merah jambu yang disinari cahaya matahari kelihatan sangat cantik dan menarik untuk dirakam.

Seorang lagi pengunjung, Zhao berkata, laluan pejalan kaki yang luas dan tersusun membolehkan orang ramai menikmati keindahan taman tanpa perlu memasuki kawasan tanaman.

Sementara itu, pengunjung dikenali sebagai Yang berkata, gabungan hamparan rumput merah jambu dengan pemandangan gunung di kejauhan menjadikan suasana musim luruh di taman itu begitu menarik.

Rumput pink muhly mempunyai bunga halus yang kelihatan seperti bulu lembut. Tumbuhan itu bertukar menjadi merah jambu apabila berbunga pada musim luruh, sekali gus menarik kehadiran pengunjung yang ingin menikmati dan merakam keindahannya.-VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.