
MOSCOW, 28 Jun – Kementerian Pertahanan Rusia pada Sabtu mendedahkan berjaya memusnahkan dua jet pejuang MiG-29 milik Tentera Udara Ukraine dalam satu serangan di sebuah pangkalan udara di selatan Ukraine.
- Kementerian menyatakan dron digunakan menyerang jet di Lapangan Terbang Voznesensk, berhampiran Nikolayev.
- Rakaman dikeluarkan memaparkan saat sebelum serangan dan visual kebakaran besar selepas operasi dron.
- Zelensky berkata serangan ke atas Titan-Barrikady dengan peluru berpandu Flamingo mencetuskan kebakaran dan membuktikan perluasan jangkauan serangan Ukraine.
Menurut laporan rasmi, pihaknya menggunakan pesawat tanpa pemandu (dron) untuk memusnahkan kedua-dua jet pejuang berkenaan di lapangan terbang Voznesensk, berhampiran bandar Nikolayev.
“Ketika serangan berlaku, sebuah jet pejuang MiG-29 berada di atas landasan di luar kubu, manakala sebuah lagi sedang mengisi minyak di dalam kubu berkenaan,” jelasnya.
Pihak kementerian turut mengeluarkan rakaman video yang memaparkan sebelum serangan berlaku, diikuti visual kebakaran besar selepas operasi dron tersebut selesai.
Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky turut mengesahkan peluru berpandu Ukraine telah membedil sebuah fasiliti tentera Rusia di Volgograd.
Katanya, serangan di fasiliti Titan-Barrikady di Volgograd menggunakan peluru berpandu jenis “Flamingo”.
Menurut Zelensky, ia merupakan kompleks industri berskala besar yang digunakan oleh Rusia bagi mengeluarkan sistem artileri dan peralatan ketenteraan khas untuk menyerang Ukraine.
“Serangan tersebut mencetuskan kebakaran besar di premis kilang berkenaan,” ujarnya.
Tegas beliau lagi, serangan ini membuktikan bahawa Ukraine akan terus memperluas jangkauan sekatan jarak jauhnya terhadap Rusia.- REUTERS