Remaja bersenjata ditembak dekat White House

FOTO REUTERS

WASHINGTON, 5 Mei– Seorang remaja bersenjata ditembak pasukan penguat kuasa selepas melepaskan tembakan ke arah anggota Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (Secret Service) berhampiran White House pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • White House dikenakan sekatan keselamatan sementara.
  • Secret Service mengesan individu mencurigakan dipercayai membawa senjata; suspek cuba melarikan diri lalu melepaskan tembakan ke arah pegawai.
  • Quinn mengesahkan suspek remaja; senjata ditemukan dan tahap kecederaan suspek belum diperincikan.

Insiden itu turut menyebabkan White House dikenakan sekatan keselamatan sementara.

Timbalan Pengarah Secret Service, Matthew Quinn berkata, anggota yang mengawal perimeter luar kompleks White House mengesan seorang individu mencurigakan yang dipercayai membawa senjata api.

Menurutnya, suspek cuba melarikan diri dengan berjalan kaki sejurus dihampiri pihak berkuasa sebelum melepaskan tembakan ke arah pegawai.

Pasukan keselamatan kemudian membalas tindakan tersebut dengan menembak suspek.

Quinn mengesahkan suspek merupakan seorang remaja, manakala senjata api turut ditemukan di lokasi kejadian.

Setakat ini, tahap kecederaan suspek tidak diperincikan.

Washington berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak beberapa hari kebelakangan ini susulan insiden tembakan ketika Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan White House bulan lalu, yang menyaksikan seorang suspek telah ditahan.-REUTERS