
SAN FRANCISCO, 28 Julai – Seorang suspek berusia 15 tahun ditahan selepas tiga individu maut manakala empat yang lain cedera dalam insiden tembakan pada festival makanan tahunan Bite of Seattle berhampiran Space Needle di Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.
- Polis masih memburu seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden tembakan.
- Penyiasat percaya kedua-dua suspek berbalas tembakan di luar Seattle Centre Armory selepas kira-kira 6 petang.
- Suspek dijadualkan hadir ke mahkamah buat kali pertama pada petang Isnin.
- Polis memaklumkan tiada ancaman berterusan terhadap orang awam; motif kejadian masih dalam siasatan.
Datuk Bandar Seattle Katie Wilson berkata polis menahan suspek berkenaan, yang dimasukkan ke pusat tahanan juvana bagi siasatan berhubung serangan darjah pertama dan pelanggaran undang-undang senjata api.
Suspek dijadualkan hadir ke mahkamah buat kali pertama pada petang Isnin.
Polis masih memburu seorang lagi suspek.
Menurut Jabatan Polis Seattle, penyiasat percaya kedua-dua suspek berbalas tembakan di luar Seattle Centre Armory sejurus selepas 6 petang waktu tempatan pada Ahad.
Insiden tembakan itu berlaku ketika festival makanan selama tiga hari berkenaan berlangsung dan menarik kehadiran orang ramai dalam jumlah besar.
Polis memaklumkan tiada ancaman berterusan terhadap orang awam.
Dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia kemudian di hospital. Empat individu lain cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, menurut pihak berkuasa.
Motif kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA-XINHUA