Presiden Cuba kecam tindakan AS perluas sekatan ekonomi

FOTO REUTERS

HAVANA, 5 Jun – Presiden Cuba, Miguel Díaz-Canel mengecam sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) selepas Washington mengeluarkan ancaman baharu serta memperluas senarai sekatan ekonomi melibatkan para pemimpin, organisasi, dan syarikat dari negara Caribbean tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden Díaz-Canel kecam langkah AS sebagai buta politik yang bertujuan menyemarakkan konflik dan menjejaskan kesejahteraan rakyat Cuba.
  • Beliau menggesa keteguhan untuk menghadapi tindakan agresif kerajaan AS demi mempertahankan kedaulatan negara.
  • Sekatan baru itu bakal memperketat sekatan sedia ada dan mencetuskan konflik lebih serius antara Havana dan Washington.

Menerusi perkongsian di X, Diaz-Canel menyifatkan langkah terbaharu pentadbiran Presiden AS itu sebagai “buta politik” yang sengaja direka untuk menyemarakkan konflik sekatan ekonomi dan menjejaskan kesejahteraan rakyat Cuba.

“Sikap agresif dan kejam kerajaan AS akan berdepan dengan keteguhan kami untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Beliau turut mendakwa sekatan itu akan terus memperketatkan lagi sekatan ekonomi sedia ada terhadap Cuba serta mewujudkan suasana konflik yang lebih serius antara Havana dan Washington. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.