Pembukaan semula lintasan Rafah, trak bantuan dan ambulans mula masuki Gaza

Pembukaan semula lintasan Rafah, trak bantuan dan ambulans mula masuki Gaza./REUTERS

RAFAH, 4 Februari – Trak bantuan dan ambulans mula bergerak masuk ke Gaza melalui lintasan Rafah, Mesir berikutan pembukaan semula lintasan itu pada Isnin minggu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembukaan semula lintasan Rafah membolehkan masuknya trak bantuan dan ambulans ke Gaza.
  • Langkah itu dilakukan susulan pembukaan lintasan pada Isnin minggu ini.
  • Pembukaan lintasan adalah salah satu syarat perjanjian fasa pertama gencatan senjata.
  • Perjanjian fasa pertama berkaitan pelan Trump untuk menghentikan pertempuran antara Israel dan Hamas.

Pembukaan lintasan itu merupakan salah satu keperluan di bawah perjanjian fasa pertama gencatan senjata yang dibuat pada oktober.

Perjanjian itu adalah pelan fasa pertama yang dibuat oleh presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghentikan pertempuran antara Israel dan Hamas.

Pada Januari, Trump mengisytiharkan permulaan fasa kedua dengan kedua-dua belah pihak akan berunding mengenai pentadbiran dan pembinaan semula wilayah yang musnah akibat perang itu.-REUTERS

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan