
MBABANE, 4 April – Krisis bahan api di Mbabane, Eswatini semakin serius apabila beberapa stesen minyak mula kehabisan bekalan dan diserbu orang ramai.
- Harga petrol dan diesel meningkat sejak 2 April, menambah tekanan kepada kos sara hidup.
- Tarif elektrik naik lebih 13 peratus, memburukkan beban bagi isi rumah dan perniagaan.
- Penduduk mengadu gaji kekal sementara kos harian dan yuran sekolah terus meningkat.
- Pakar ekonomi amaran inflasi mungkin terus meningkat jika ketidakstabilan global berlanjutan; kerajaan gesa rakyat tidak panik dan berjimat.
Situasi itu berlaku susulan kenaikan harga petrol dan diesel bermula 2 April, selain gangguan bekalan yang mencetuskan pembelian panik.
Harga petrol meningkat kepada E22.35 (RM5.60) seliter, manakala diesel mencecah E25.20 (RM6.30), sekali gus menambah tekanan kepada kos sara hidup di negara itu.
Dalam masa sama, tarif elektrik turut naik lebih 13 peratus, memburukkan lagi beban isi rumah dan perniagaan.
Penduduk mengadu gaji kekal, namun kos semakin meningkat, termasuk perbelanjaan harian dan yuran sekolah.
Pakar ekonomi memberi amaran inflasi dijangka terus meningkat jika situasi global tidak stabil, khususnya konflik di Asia Barat yang menjejaskan harga minyak dunia.
Kerajaan memberi jaminan bekalan masih mencukupi, namun menggesa orang ramai supaya tidak panik dan menggunakan bahan api secara berhemah. – VIORY