Parlimen Iraq bersidang Selasa untuk pilih presiden baharu

Gambar hiasan/AFP

BAGHDAD, 25 Januari – Parlimen Iraq akan bersidang pada Selasa ini untuk memilih presiden baharu negara, kata Speaker Haibet Al-Halbousi pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik akhbar tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sidang Parlimen dijadualkan untuk memilih Presiden Republik pada Selasa, diumumkan oleh Speaker Haibet Al-Halbousi.
  • Dewan mendedahkan senarai 19 calon termasuk penyandang Abdul Latif Rashid dan Menteri Luar Fuad Hussein.
  • Ahli Parlimen diberi tanggungjawab memilih presiden dan memberi kepercayaan kepada kerajaan.
  • Tradisi perkongsian kuasa menetapkan presiden untuk etnik Kurdish, perdana menteri untuk Syiah, dan Speaker untuk Sunni.

“Selasa ini akan diadakan sesi untuk memilih Presiden Republik,” kata Halbousi dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi INA.

Dewan itu telah mendedahkan senarai 19 calon bagi jawatan itu, termasuk penyandang jawatan Presiden Abdul Latif Rashid dan Menteri Luar Fuad Hussein.

Iraq mengadakan Pilihan Raya Parlimen pada 11 November lepas, iaitu pengundian keenam sejak pencerobohan Amerika Syarikat pada 2003.

Ahli Parlimen bertanggungjawab untuk memilih presiden dan memberi kepercayaan kepada kerajaan.

Mengikut tradisi sistem perkongsian kuasa Iraq dalam kalangan kuasa politik dominan, jawatan Perdana Menteri diperuntukkan kepada penganut Syiah, jawatan Presiden kepada etnik Kurdish, manakala Speaker Parlimen kepada penganut Sunni.

Menurut perlembagaan Iraq, parlimen berkewajipan untuk memilih presiden negara dalam tempoh sebulan dari sesi pertama, yang telah diadakan pada 29 Disember lepas.- BERNAMA-ANADOLU