MoU AS-Iran : Harga minyak susut

Pasaran saham di Tokyo, Seoul, Singapura, Taipei dan Manila mencatat kenaikan

TOKYO, 18 Jun – Harga minyak susut 3 peratus susulan pemeteraian MoU antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran secara digital, awal pagi tadi untuk menamatkan perang dan membuka semula Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • WTI turun 1.25% kepada USD75.83 setong; Brent susut 1.4% kepada USD78.41 setong.
  • Kedua penanda aras minyak merosot lebih 15% sejak minggu lalu.
  • Pasaran saham Asia bercampur naik turun; sentimen sedikit terjejas oleh jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS.

Situasi itu mendorong penurunan harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) sebanyak 1.25 peratus kepada USD75.83 setong sementara, minyak mentah Brent pula susut 1.4 peratus kepada USD78.41 setong.

Harga minyak mentah jatuh lebih satu peratus pada Khamis, meneruskan kerugian yang dialami sejak berita perjanjian itu mula tersebar, hujung minggu lepas.

Kedua-dua penanda aras utama minyak dunia telah merosot lebih 15 peratus sejak minggu lepas.

Sementara itu, pasaran saham di Tokyo, Seoul, Singapura, Taipei dan Manila mencatat kenaikan, manakala Hong Kong, Shanghai, Sydney, Wellington dan Jakarta mengalami penurunan.

Namun, sentimen positif di pasaran kewangan sedikit terjejas oleh jangkaan Rizab Persekutuan AS, akan menaikkan kadar faedah sebelum akhir tahun ini.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.