Perjanjian perdagangan India-Amerika capai ‘kemajuan ketara’

Washington dan New Delhi telah menetapkan sasaran meningkatkan perdagangan dua hala kepada AS$500 bilion menjelang 2030

NEW DELHI, 18 Jun – ‘Kemajuan ketara’ telah dicapai dalam usaha memeterai perjanjian perdagangan yang dinantikan India dengan Amerika Syarikat, (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemajuan ketara dicapai dalam rundingan perjanjian perdagangan India-AS.
  • Perkara dibincangkan antara Perdana Menteri Modi dan Presiden Trump di luar Sidang Kemuncak G7 di Evian, Perancis.
  • Kedua pemimpin mengarahkan pegawai masing-masing berusaha mencapai perjanjian sementara yang mempunyai nilai komersial.
  • Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer dijadual melawat India minggu depan untuk rundingan terkini.

Menerusi kenyataan Kementerian Luar India, perkara berkenaan antara yang dibincangkan Perdana Menteri India, Narendra Modi bersama Presiden Donald Trump ketika pertemuan mereka di luar Sidang Kemuncak G7, di Evian, Perancis pada Rabu.

“Kedua-dua pemimpin berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai dalam rundingan ke arah Perjanjian Perdagangan Dua Hala Sementara dengan mengarahkan pegawai masing-masing untuk berusaha mencapai ‘perjanjian yang mempunyai nilai komersial’,”jelas kenyataan berkenaan.

Sementara itu, wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Jamieson Greer dijadual mengadakan lawatan ke India minggu depan untuk rundingan terkini.

Washington dan New Delhi telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan perdagangan dua hala kepada AS$500 bilion menjelang tahun 2030, dengan beberapa pusingan rundingan diadakan bagi menyelesaikan isu akses pasaran serta pertikaian tarif.

Kedua-dua negara mencapai persefahaman awal mengenai perjanjian perdagangan itu pada Februari, namun rundingan menjadi perlahan selepas langkah tarif menyeluruh Trump mencetuskan pertikaian dan semakan lanjut.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.