
PARIS, 13 April – Perancis dan Britain akan bekerjasama dalam satu misi multinasional secara aman bagi memulihkan trafik maritim di Selat Hormuz.
- Menganjurkan persidangan dengan negara yang sedia menyumbang bagi misi multinasional untuk memulihkan kebebasan pelayaran.
- Presiden Macron tekankan misi bersifat pertahanan dan tidak berkaitan pihak yang sedang berperang.
- Misi itu berasingan daripada sekatan yang diumumkan Presiden Trump; Britain tidak menyertai sekatan laut tersebut.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, misi itu tidak mempunyai kaitan dengan pihak-pihak yang sedang berperang.
“Dalam beberapa hari akan datang, kami (Perancis dan Britain) akan menganjurkan satu persidangan dengan negara-negara yang bersedia untuk menyumbang dalam misi multinasional secara aman yang bertujuan memulihkan kebebasan pelayaran di selat berkenaan.
“Misi yang bersifat ‘pertahanan’ sepenuhnya ini berasingan daripada pihak-pihak yang berperang dalam konflik ini dan akan dilaksanakan sebaik sahaja keadaan mengizinkan,” kata Macron menerusi platform X.
Inisiatif tersebut dilihat berasingan dengan sekatan yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Pada Isnin, Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer dilaporkan berkata, Britain tidak akan menyertai sekatan laut di Selat Hormuz yang diumumkan oleh Trump. -AFP