
IRAN, 4 April – Media Iran menyiarkan hebahan menggesa orang ramai membantu mengesan juruterbang Amerika Syarikat (AS) yang didakwa ditembak jatuh.
- Ganjaran ditawarkan bagi individu menangkap dan menyerahkan juruterbang kepada pihak berkuasa.
- Iran mendakwa dua jet pejuang AS berjaya ditembak jatuh dalam tempoh 24 jam lalu.
- Tentera AS belum mengesahkan kehilangan pesawat walaupun terdapat laporan operasi mencari dan menyelamat.
- Konflik memasuki minggu kelima, Iran lapor lebih 1,900 kematian, AS sahkan sekurang-kurangnya 13 anggota tentera terkorban.
Ganjaran ditawarkan kepada individu yang berjaya menangkap dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa.
Penyampai televisyen memaklumkan ganjaran lumayan akan diberikan sekiranya juruterbang musuh ditangkap dalam keadaan hidup dan diserahkan kepada polis serta tentera.
Iran mendakwa dua jet pejuang AS berjaya ditembak jatuh dalam tempoh 24 jam lalu.
Bagaimanapun, pihak tentera AS belum mengesahkan sebarang kehilangan pesawat, meskipun terdapat laporan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
Konflik antara Iran dengan AS dan Israel kini memasuki minggu kelima, susulan serangan yang bermula pada 28 Februari lalu.
Sejak itu, Iran melaporkan lebih 1,900 kematian, manakala AS mengesahkan sekurang-kurangnya 13 anggota tenteranya terkorban. – VIORY