Macron, Prabowo perkukuh kerjasama pertahanan, tenaga

Foto AFP 

PARIS, 2 Jun – Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menerima kunjungan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di Istana Elysee pada Khamis lalu bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perluasan kerjasama dalam pertahanan, tenaga, pertanian dan pengangkutan.
  • Kedua pemimpin membincangkan konflik Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz yang menjejaskan harga bahan api di Asia.
  • Prabowo tekankan kestabilan Asia Barat penting untuk tenaga dan rantaian bekalan; Indonesia menaikkan subsidi bahan api melindungi rakyat.

Menurut kenyataan pihak Istana Elysee, pertemuan itu bertujuan memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk pertahanan, tenaga, pertanian dan pengangkutan.

Pertemuan di ibu negara Perancis itu berlangsung tepat setahun selepas lawatan Macron ke Indonesia.

“Kerjasama antara Indonesia dan Perancis lebih relevan berbanding sebelum ini,” kata Macron.

Beliau turut memaklumkan bahawa kedua-dua pemimpin juga membincangkan konflik di Asia Barat serta penutupan Selat Hormuz, yang memberi kesan besar kepada harga bahan api di banyak negara Asia.

Sementara itu, Prabowo menegaskan kestabilan di Asia Barat amat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap sektor tenaga dan rantaian bekalan global.

“Oleh itu, keamanan di rantau itu adalah kepentingan bersama,” katanya.

Indonesia sebelum ini meningkatkan peruntukan subsidi bahan api bagi melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga minyak mentah dunia. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.