
TEHRAN, 5 Sept – Media Iran melaporkan beberapa letupan berlaku berhampiran hab minyak utama negara itu di Pulau Kharg di Teluk Parsi, beberapa hari selepas pertempuran dengan Amerika Syarikat (AS) kembali tercetus.
- Agensi Fars lapor bunyi letupan didengar, tetapi tiada asap kelihatan.
- Agensi SNN mendakwa sebuah kapal tangki Iran menjadi sasaran Amerika Syarikat berhampiran pulau berkenaan.
- Tiada kenyataan segera daripada pegawai AS atau Iran, sementara kedua pihak bersaing menguasai Selat Hormuz.
Agensi berita Fars melaporkan bunyi letupan didengari oleh wartawannya, namun tiada asap kelihatan.
Sementara itu, agensi berita SNN mendakwa sebuah “kapal tangki Iran menjadi sasaran AS” berhampiran pulau berkenaan.
Tiada kenyataan segera daripada pegawai AS atau Iran berhubung kejadian itu.
Pertempuran antara kedua-dua negara kembali tercetus pada Ahad lalu susulan serangan AS ke atas Iran, ketika konflik berkenaan memasuki bulan keenam.
Serangan AS itu mencetuskan serangan balas Tehran terhadap sasaran AS di beberapa lokasi di Asia Barat.
Iran pada Khamis mendakwa angkatan tenteranya menyerang pangkalan tentera AS di Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), selain berikrar membalas kematian orang awam dalam satu majlis perkahwinan yang didakwa berpunca daripada serangan Washington.
Kedua-dua pihak turut terus bersaing untuk menguasai Selat Hormuz yang strategik, dengan Iran menghalang laluan kapal manakala Washington mengekalkan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran. – AFP