Iran dakwa serang dron tentera AS

Foto Fail REUTERS

TEHRAN, 6 September – Tentera Iran mendakwa, pihaknya menyerang sebuah dron Tentera Laut milik Amerika Syarikat (AS) yang cuba memasuki Selat Hormuz pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • IRGC mendakwa menyasar tiga kapal tangki minyak yang menggunakan laluan tidak dibenarkan di Selat Hormuz.
  • IRGC turut mendakwa menyasarkan tiga kapal yang dikaitkan dengan AS di kawasan lain.
  • IRGC kata tindakan itu sebagai tindak balas kepada serangan AS terhadap tiga kapal tangki yang didakwa ada kaitan dengan IRGC.
  • CENTCOM menafikan dakwaan Iran dua kapal perang AS rosak dan berundur; berkata Iran gagal menyerang kapal perang AS dengan peluru berpandu balistik.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dalam kenyataan memaklumkan, Iran menyerang sebuah kapal permukaan tanpa pemandu (dron laut) milik tentera Amerika kerana cuba memasuki kawasan perlindungan di Selat Hormuz.

Terdahulu, IRGC mendakwa pasukan lautnya telah menyasarkan tiga kapal tangki minyak yang menggunakan laluan tidak dibenarkan di Selat Hormuz selain tiga kapal yang dikaitkan dengan AS di kawasan lain.

IRGC turut memberi amaran kepada kapal berkaitan supaya tidak menggunakan laluan yang tidak diluluskan untuk melalui selat berkenaan.

Tindakan Iran ini adalah sebagai tindak balas terhadap serangan AS pada Sabtu terhadap tiga kapal tangki minyak yang didakwa mempunyai kaitan dengan IRGC.

Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) berkata, serangan itu dilakukan selepas pasukan Iran didakwa gagal menyerang kapal perang AS menggunakan peluru berpandu balistik.

Dalam pada itu, IRGC mendakwa dua kapal perang AS yang menjadi sasaran turut berundur selepas mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, CENTCOM menafikan dakwaan tersebut.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.