Letusan Anak Krakatau : Enam lapangan terbang di Indonesia gantung operasi

301 penerbangan dilaporkan terjejas setakat 5.30 petang / Foto REUTERS

TANGERANG, 6 September – Enam lapangan terbang di Indonesia menggantung operasi pada Ahad, susulan letusan Gunung berapi Anak Krakatau.

RINGKASAN BERITA AI
  • Singapore Airlines dan Malaysia Airlines membatalkan penerbangan dari dan ke Jakarta.
  • Aktiviti harian terjejas; nelayan terkesan dan beberapa sekolah ditutup.
  • Pihak berkuasa menasihatkan memakai pelitup muka dan mengurangkan aktiviti luar berikutan abu gunung berapi.
  • Agensi bencana merancang pembenihan awan untuk menghasilkan hujan membersihkan abu; lima gunung berapi kini pada amaran tahap 3.

301 penerbangan termasuk 58 penerbangan antarabangsa setakat 5.30 petang tadi, dilaporkan terjejas selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta menggantung operasi.

Singapore Airlines dan Malaysia Airlines turut membatalkan penerbangan dari dan ke Jakarta untuk hari ini.

Situasi semasa itu turut menjejaskan aktiviti harian penduduk termasuk nelayan juga penutupan sekolah.

Pihak berkuasa Indonesia menasihatkan orang ramai untuk memakai pelitup muka dan mengurangkan aktiviti luar berikutan Gunung berapi Anak Krakatau, kekal aktif.

Dalam pada itu, agensi bencana Indonesia merancang untuk melaksanakan operasi pembenihan awan bertujuan menghasilkan hujan bagi membantu membersihkan abu gunung berapi.

Lima gunung berapi di Indonesia kini berada pada tahap amaran 3 masing-masing Anak Krakatau, Semeru, Merapi, Lewotobi Laki-laki dan Sinabung.

Setakat ini juga pihak berkuasa mengesahkan tiada risiko tsunami susulan letusan berkenaan.

Pada 2018, lebih 400 nyawa terkorban di Jawa dan Sumatera susulan tsunami yang berpunca daripada letusan Anak Krakatau. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.