Letupan di Guayaquil, seorang maut

ECUADOR, 15 Oktober -Seorang maut dan beberapa lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah pusat beli-belah di bandar pelabuhan Guayaquil, pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Satu maut dan beberapa cedera dalam letupan di pusat beli-belah Guayaquil.
  • Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.
  • Saksi melaporkan suasana panik, kedai dan tingkap turut terkesan oleh gegaran.
  • Letupan berlaku dalam konteks peningkatan jenayah ganas dan perdagangan dadah di Guayaquil.

Polis memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca letupan, yang menggegarkan premis perniagaan, restoran dan hotel di kawasan itu.

Letupan dilaporkan berlaku sekitar pukul 6.00 petang waktu tempatan dan mengejutkan ramai pengunjung dan penduduk berdekatan.

“Saya hanya beberapa meter dari tempat letupan. Kami lari kerana takut sesuatu yang lebih buruk akan berlaku. Kami masih terkejut,” kata Samantha Vera, 40, kepada AFP.

Seorang lagi saksi, Claudia Quimi, pemilik sebuah salun berdekatan, berkata gegaran akibat letupan itu menyebabkan tingkap kedainya bergegar. “Letupan itu sangat dahsyat… benar-benar menakutkan,” ujarnya.

Guayaquil, bandar pelabuhan terbesar di Ecuador dan pusat komersial utama negara, kini bergelut dengan peningkatan mendadak jenayah ganas yang berkait rapat dengan perdagangan dadah.

Lokasi strategiknya di pesisir pantai menjadikannya laluan utama bagi sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

Ecuador kini menjadi salah satu pusat utama perdagangan kokain global, dengan kartel dan kumpulan mafia bersaing secara ganas untuk menguasai wilayah. – AFP