
KUANTAN, 10 Oktober – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas di Pantai Sepat, Jalan Kuantan-Pekan, di sini, tengah hari tadi.
- Mangsa ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi dipercayai lemas.
- JBPM Pahang menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.56 pagi.
- PKO BBP Kuantan menjalankan pencarian awal; PPDA Kuantan dan Pekan diaktifkan.
- Mangsa ditemui semasa selaman pertama PPDA, disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM; mayat diserahkan kepada polis.
Mangsa, Mohamad Raiyan Khairul Anuar ditemukan pada jarak kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai lemas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.56 pagi.
Menurut beliau, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan menjalankan pencarian awal di pesisir pantai sebelum Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuantan dan Pekan diaktifkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.
Mangsa ditemukan ketika selaman pertama dilakukan pasukan PPDA sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.