
GUA MUSANG, 10 Oktober – Laluan Persekutuan FT08 di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar, di sini, ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian lubang benam.
RINGKASAN BERITA AI
- Kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi selepas hujan, membabitkan lubang benam.
- Lubang mempunyai kedalaman kira-kira lapan meter dan panjang kira-kira sembilan meter.
- Laporan JKR Gua Musang dan Roadcare (M) Sdn. Bhd. menyatakan lokasi terbabit.
- Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif FT2747 Jalan Pulai ke Bandar Baru Gua Musang.
Kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi itu berlaku selepas hujan, membabitkan kawasan pada kedalaman kira-kira lapan meter (m) dan sembilan meter panjang.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dan Roadcare (M) Sdn. Bhd., lokasi kejadian membabitkan jajaran projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui FT2747, iaitu Jalan Pulai ke Bandar Baru Gua Musang.