
BANGKOK, 16 Mei -Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala 25 lagi cedera selepas sebuah kereta api bertembung dengan sebuah bas awam sehingga mencetuskan kebakaran di Bangkok pada Sabtu, menurut pasukan penyelamat dan polis.
- Pasukan bomba dan penyelamat dikerahkan, bas serta beberapa kenderaan berhampiran terbakar.
- Kemalangan turut melibatkan beberapa kereta dan motosikal.
- Penyelamat mengeluarkan mangsa cedera daripada runtuhan, bomba menggunakan hos air untuk kawal kebakaran.
- Kebakaran kini berjaya dikawal, operasi penyejukan, pelepasan gas dan pencarian mangsa diteruskan; punca disiasat.
Pasukan bomba dan anggota penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian selepas api marak membakar bas terbabit serta beberapa kenderaan berhampiran.
Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu turut melibatkan beberapa kereta dan motosikal.
Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang cedera daripada runtuhan kenderaan, manakala anggota bomba berusaha memadam kebakaran menggunakan hos air bagi mengawal api daripada terus merebak.
Pihak berkuasa memaklumkan kebakaran kini berjaya dikawal, sementara operasi menyejukkan kawasan, melepaskan gas dan mencari mangsa masih diteruskan.
Punca kejadian masih dalam siasatan. – REUTERS