
TEL AVIV, 7 Jun- Seorang kapten dan seorang sarjan tentera Israel terbunuh di selatan Lubnan ketika pertempuran rentas sempadan dengan kumpulan Hizbullah berterusan.
RINGKASAN BERITA AI
- Israel didakwa kehilangan 29 anggota tenteranya sejak permulaan konflik di Lubnan.
- Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan lebih 3,500 nyawa terkorban akibat pengeboman dan pencerobohan di selatan.
- Laporan berita ini dipetik daripada agensi antarabangsa AFP.
Kapten Shahar Gamla, 23, terbunuh pada Sabtu, manakala Sarjan Ohad Yaari, 21, terbunuh pada Jumaat.
Israel didakwa telah kehilangan 29 anggota tenteranya sejak permulaan konflik terkini di Lubnan.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan kempen pengeboman dan pencerobohan Isreal di selatan negara itu telah mengorbankan lebih 3,500 nyawa setakat ini. -AFP