
SYDNEY, 18 Januari – Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia 12 tahun, berada dalam keadaan kritikal selepas digigit jerung di pantai Sydney Harbour pada Ahad, lapor Xinhua.
- Kanak-kanak lelaki dipercayai 12 tahun digigit jerung di pantai Sydney Harbour, dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.
- Kecederaan teruk pada kedua-dua belah kaki dilaporkan oleh perkhidmatan Ambulans NSW.
- Pantai ditutup dan perenang dinasihatkan menjauhi air di kawasan berkenaan.
Australian Broadcasting Corporation (ABC) melaporkan bahawa perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Hermitage Foreshore Walk berhampiran Shark Beach di Vaucluse, sebuah pinggir bandar di timur Sydney, kira-kira 4.20 petang waktu tempatan pada petang Ahad, susulan laporan mengenai seorang kanak-kanak lelaki digigit jerung.
ABC memetik perkhidmatan Ambulans NSW sebagai berkata bahawa kanak-kanak itu berada dalam keadaan kritikal dengan kecederaan pada kedua-dua belah kaki, dan sedang dibawa ke hospital.
Pantai tersebut telah ditutup, dan perenang dinasihatkan supaya menjauhi air, menurut laporan itu. – BERNAMA-XINHUA